MENU

Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan adalah inisiatif strategik untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan PBT dalam semua aspek dan mewujudkan suasana persekitaran hidup yang kondusif, lestari dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat setempat. Pelan ini dibahagikan kepada 6 Teras iaitu Pembangunan Modal Insan, Kecekapan Perkhidmatan, Pengukuhan Kewangan, Kesejahteraan Rakyat, Penglibatan Rakyat dan Komunikasi Berkesan.

Sempena Hari Terbuka Pelan Transformasi PBT, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ingin mendapatkan maklumbalas berhubung kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Majlis Daerah Jerantut menjemput orang ramai untuk turut serta dalam menjayakan Hari Terbuka Pelan Transformasi PBT pada 1 Jun 2016 (Rabu) bermula 8.30 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Perkarangan Dewan Banquet MDJ

promosi_pelan_transformasi_pbt_mdjerantut