MENU

Tarikh: 5 Mac 2020
Lokasi: Lampu Isyarat Persimpangan Tok Gajah
(berhampiran Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Jerantut)

Beberapa buah pasu bunga hiasan di sepanjang pembahagi jalan Persimpangan Tok Gajah telah pecah dan rosak akibat perbuatan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerugian yang ditaksirkan lebih kurang RM3,000.00.

Majlis Daerah Jerantut (MDJ) sangat komited dalam menyediakan kemudahan awam dan landskap untuk menceriakan Bandar Jerantut selaras dengan tema Jerantut Bandar Taman Negara.

MDJ mengajak masyarakat khususnya warga Jerantut untuk sama-sama menjaga segala kemudahan awam yang telah disediakan demi keselesaan dan kemudahan kita bersama.

#hargailahkemudahanawam
#bandarJerantutbandarkita