MENU

6hb Julai, 2017 - Majlis Sambutan Adilfitri Majlis Daerah Jerantut (MDJ) dan Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Majlis Daerah Jerantut (KESUMA) telah diadakan pada 6hb Julai 2017 (Khamis) pada jam 3.00 petang bertempat di Dewan Majlis Daerah Jerantut. Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Jerantut, YM. Tengku Nor Asmaliza binti Ku Lah bersama keluarga selain Ahli Majlis, Setiausaha dan Kakitangan Majlis Daerah Jerantut serta keluarga masing-masing. Di dalam majlis ini, Puan YDP dan Puan Setiausaha berbesar hati memberi wang hari raya kepada anak-anak kakitangan MDJ.

jamuan_raya_mdj_2017