MENU

Merujuk kepada iklan Kerja Undi yang telah  dikeluarkan  oleh  Majlis  Daerah   Jerantut pada 22 November,2016 dan kerja undi telah dilaksanakan pada 23 November, 2016  dimaklumkan bahawa proses tersebut tidak Menepati Tatacara Perolehan Kerja Undi sebagaimana berikut:-

"Tempoh Iklan yang dikeluarkan terlalu singkat iaitu kurang dari 3 hari bekerja"

Justeru itu, adalah dimaklumkan  bahawa keputusan Kerja Undi yang telah dilaksanakan TERBATAL.

Majlis Daerah Jerantut memohon maaf segala kesulitan yang timbul berhubung perkara ini.  Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas boleh menghubungi Jabatan Kejuruteraan, Majlis Daerah Jerantut di talian 09-2662205