MENU

Asam Rom

Asam Rom merupakan masakan yang terkenal di Pahang, terutama di Kuala Tahan, Jerantut. Masakan ini diperbuat daripada buah perah atau biji getah yang dijeruk selama satu bulan. Masakan ini hanya boleh ditemui di kawasan Jerantut dan amat terkenal di sebelah Kuala Tahan. Ia menjadi makanan yang amat digemari bagi penduduk disana, malahan kini ianya semakin terkenal di kalangan pelancong yang berkunjung ke Kuala Tahan.