MENU

Jerantut mempunyai sistem pengangkutan keretapi yang menghubungkan antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia di mana Stesen Keretapi Jerantut merupakan salah satu daripada perhentian yang sentiasa dipenuhi oleh pengunjung/pelancong yang ingin melancong ke Taman Negara.

Di sini para pengunjung akan berhenti di perhentian Tembeling dan seterusnya menaiki bot di Jeti Kuala Tembeling untuk ke Taman Negara.Perkhidmatan keretapi ini bukan sahaja membuka peluang kepada industri pelancongan khususnya di Jerantut, malah ia merupakan perkhidmatan pengangkutan awam yang utama bagi penduduk di pedalaman khasnya yang menetap di kawasan Majlis Daerah Jerantut. Segala pertanyaan boleh menghubungi KTMB Jerantut ditalian 09-2662219 atau laman web rasmi http://www.ktmb.com.my