MENU

e-Kasih

e-Kasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang menempatkan maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) serta agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima. 

Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman,Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.
Antara ciri-ciri utama eKasih adalah :-
i)     Pendaftaran dan semakan status kemiskinan secara online
ii)    Permohonan bantuan kepada agensi-agensi yang berkaitan
iii)   Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
iv)  Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) per kapita.
v)    Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
vi)   Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan berdasarkan Key Performance Indicator (KPI)

Modul-modul yang terdapat dalam eKasih adalah Modul Semakan, Pendaftaran, Kemaskini, Laporan, Pangkalan Ilmu, Sokongan dan Pemakluman Kemiskinan.

Membasmi Kemiskinan Di Daerah Jerantut:

a)         Membantu strategi pelaksanaan program dan projek di bawah Program Pembasmian
Kemiskinan (PPKB)
b)         Membantu pelaksanaan aktiviti dan projek Kesejahteraan bandar seperti terminal sejahtera serta projek bina baru dan baik pulih rumah.
•    Pelaksanaan Bantuan PPKB :

  • Semak Status Penerima , dan
  • Tentukan Bantuan

•    Penyaluran Peruntukan / Bantuan PPKB kepada penerima bantuan

  • Penyelarasan dengan Agensi-agensi lain untuk Pengagihan Bantuan Kesejahteraan kepada Kumpulan Sasar.

•    Menjalankan Pemantauan program PPKB .

•    Pendaftaran Maklumat Daftar eKasih.

•    Bancian dan Pemutihan Senarai Penerima Bantuan.

•    Program-program Bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar.                              

•    Penyelarasan dengan Daerah dan Negeri.