MENU

JABATAN KEJURUTERAAN

  1. Permohonan Kelulusan Sambungan/Ubah Suai Terbuka

    Permohonan kelulusan sambungan dan  ubah suai terbuka dan pengubahsuaian kecil akan diluluskan dalam tempoh tidak melebihi 7 hari bekerja dari tarikh surat permohonan diterima dengan syarat:-

    • Dokumen dan pelan lakar dikemukakan lengkap.
    • Bayaran telah dijelaskan
    • Segala kehendak seksyen 14(1) dan (2) Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dipenuhi.
  2. Permohonan Kelulusan Sambungan/Ubah Suai Tertutup

    Permohonan kelulusan sambungan dan ubah suai tertutup akan diluluskan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari dari tarikh surat permohonan diterima dengan syarat:-

    • Dokumen dan pelan dikemukakan oleh Pelukis Pelan Berdaftar
    • Bayaran telah dijelaskan.
  3. Permohonan Kelulusan Pelan Setara

    Permohonan Kelulusan Pelan Setara akan diluluskan dalam tempoh 7 hari  bekerja dari tarikh surat permohonan diterima dengan syarat bayaran telah dijelaskan.

  4. Permohonan Bagi Membaik Pulih Kerosakan Harta Majlis Daerah Jerantut

    • Aduan kerosakan aharta milik Majlis Daerah Jerantut akan disiasat dalam tempoh 3 hari bekerja dan tindakan selanjutnya akan diambil mengikut keadaan dan keperluan semasa dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan.
    • Maklum balas aduan kepada pelanggan akan diberikan dalam tempoh 3 hari bekerja.