Pengangkutan Bas
Terdapat sebuah Terminal Bas/Teksi di Jerantut yang terletak di tengah-tengah bandar Jerantut. Di samping itu tempat-tempat perhentian bas juga disediakan di bandar Jerantut dan juga di sepanjang jalan Persekutuan dan Negeri dalam daerah ini.
Terdapat 2 jenis perkhidmatan bas yang beroperasi di sekitar Jerantut iaitu bas ekspres dan bas berhenti-henti (stage bus). Terdapat 4 jenis konsortium pemilik bas yang beroperasi di Jerantut iaitu Syarikat Tanjong Keramat T.U.O Berhad, S.E Ekspress, Kuala Tahan Ekspress dan Pahang Ling Siong Bhd. Kebanyakan laluan bas biasa ini bermula pada pukul 6.00 pagi dan tamat pada pukul 6.00 petang.
Bagi laluan bas henti-henti syarikat bas adalah
- Pahang Ling Siong Bhd.
- Syarikat Tanjong Keramat T.U.O Berhad
Bagi laluan bas ekspres syarikat bas adalah
- S.E Ekspress – perjalanan ke Kuala Lumpur- Klang
- Kuala Tahan Ekspress
- Syarikat Tanjong Keramat T.U.O Berhad – perjalanan ke Kuantan
Syarikat Tanjong Keramat T.U.O Berhad
Jenis Bas | Destinasi | Masa Bertolak |
Ekspress | Jerantut - Kuantan (Tambang RM10.30) | 8.30 pagi - 11.00 pagi 2.30 petang |
Jerantut - Bahau | ||
Bas Berhenti-henti | Jerantut - Jengka24 | 8.15 pagi – 11.00 pagi 1.30 petang – 5.00 petang |
Jerantut - Kota Gelanggi | 9.00 pagi – 11.30 pagi 1.45 petang – 5.00 petang |
|
Jerantut - Kerambit | 8.15 pagi – 11.15 pagi 1.45 petang – 5.15 petang |
|
Jerantut - Padang Piol | 7.30 pagi – 9.30 pagi – 11.30 pagi 1.30 petang – 4.30 petang – 6.30 petang |
|
Jerantut - Temerloh | 6.00 pagi – 8.00 pagi – 9.00 pagi – 10.00 pagi – 11.00 pagi 12.00 t/hari 1.00 petang – 2.00 petang – 3.00 petang – 4.00 petang – 5.00 petang – 6.30 petang |