Matlamat utama Majlis Daerah Jerantut ialah untuk menjelaskan bandar sebagai pusat pertumbuhan yang maju, indah, bersih dan tersusun serta mempunyai kemudahan-kemudahan bertaraf perbandaran.
Objektif
Merancang dan menggalakkan pembangunan secara lebih sistematik dan selaras dengan dasar-dasar Majlis Daerah Jerantut.
Mewujudkan suasana pembangunan yang bersesuaian bagi menjadikan Jerantut sebagai pintu masuk utama pelancong.
Membuat penelitian untuk memperbaiki dan mempertingkatkan penyertaan Bumiputra di pelbagai sektor perdagangan.
Menentukan arah dan corak pembangunan serta penggunaan tanah terutamanya untuk pembangunan baru dan pembangunan semula selaras dengan struktur dan fungsi penempatan.
Meningkatkan susunan fizikal bandar serta memperbaiki sistem lalulintas semasa dengan keperluan yang bersesuaian.