Permohonan Kelulusan Sambungan/Ubah Suai TerbukaPermohonan kelulusan sambungan dan ubah suai terbuka dan pengubahsuaian kecil akan diluluskan dalam tempoh tidak melebihi 7 hari bekerja dari tarikh surat permohonan diterima dengan syarat:-
Dokumen dan pelan lakar dikemukakan lengkap.
Bayaran telah dijelaskan
Segala kehendak seksyen 14(1) dan (2) Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dipenuhi.
Permohonan Kelulusan Sambungan/Ubah Suai TertutupPermohonan kelulusan sambungan dan ubah suai tertutup akan diluluskan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari dari tarikh surat permohonan diterima dengan syarat:-
Dokumen dan pelan dikemukakan oleh Pelukis Pelan Berdaftar
Bayaran telah dijelaskan.
Permohonan Kelulusan Pelan SetaraPermohonan Kelulusan Pelan Setara akan diluluskan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh surat permohonan diterima dengan syarat bayaran telah dijelaskan.
Permohonan Bagi Membaik Pulih Kerosakan Harta Majlis Daerah Jerantut
Aduan kerosakan aharta milik Majlis Daerah Jerantut akan disiasat dalam tempoh 3 hari bekerja dan tindakan selanjutnya akan diambil mengikut keadaan dan keperluan semasa dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan.
Maklum balas aduan kepada pelanggan akan diberikan dalam tempoh 3 hari bekerja.