
Rasional Logo
| Perkara | Definisi |
|---|---|
| Warna Kuning | Melambangkan bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai institusi beraja |
| Warna Hijau | Kemakmuran rakyat Negeri Pahang serta keindahan hutan rimba yang semulajadi yang mendatangkan hasil kepada Daerah Jerantut khususnya dalam industri pembalakan dan pelancongan |
| Lambang Negeri Pahang | Berlatarkan peta Daerah Jerantut yang bererti Majlis Daerah Jerantut adalah terletak dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang |
| Bentuk 3 Orang Manusia | Melambangkan hasrat penduduk di dalam kawasan Majlis Daerah Jerantut untuk hidup dengan penuh harmoni di antara ketiga-tiga kaum yang terbesar di Malaysia. Lambang ini merupakan lambang perpaduan penduduk di Daerah Jerantut dan seterusnya kepada negara |
| Bulan Sabit | Melambangkan agama islam yang menjadi agama rasmi negara. Agama mementingkan keadilan |
| Lambang Kemajuan Pembangunan & Kilang Industri | Menunjukkan kepesatan pembangunan Daerah Jerantut serta penglibatan penduduk dalam kawasan Majlis Daerah Jerantut dalam menjayakan dasar ekonomi kerajaan |