Portal Rasmi Majlis daerah Jerantut

Social Icon Links
Icon Links

Perutusan YDP

Encik Sulaiman Bin Husin

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Portal Rasmi Majlis Daerah Jerantut. Syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah rahmat-Nya Portal Rasmi Majlis Daerah Jerantut dapat dibangunkan dengan jayanya. Kehadiran Portal Rasmi ini merupakan satu langkah ke hadapan dalam mengharungi era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang terkini dan menjadi semakin penting dalam menyahut seruan kerajaan ke arah pembentukan kerajaan elektronik (e-Government). 

Portal Rasmi Majlis Daerah Jerantut ini bukan sahaja menyediakan kemudahan maklumat, tetapi menjadi saluran kepada pencetus minda kepada penerima dan penyampai. Atas kesedaran terhadap perkembangan dan pembangunan yang pesat dan semakin penting, Majlis Daerah Jerantut juga tidak mahu ketinggalan untuk terlibat sama dalam kemajuan teknologi maklumat terkini. 

Di harap dengan pelancaran Portal Rasmi Majlis Daerah Jerantut ini, akan memudahkan para pengguna khususnya penduduk di Majlis Daerah Jerantut ini untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang dikehendaki. Dengan ini juga diharap pengunjung Portal Rasmi Majlis Daerah Jerantut ini dapat memberi maklumbalas serta pandangan bagi meningkatkan dan memantapkan lagi Portal Rasmi Majlis Daerah Jerantut ini dan seterusnya meningkatkan taraf pembangunan daerah Jerantut. Pandangan dan idea-idea atau sebarang masalah boleh e-mailkan ke ydp@mdjerantut.gov.my.

Sekian, terima kasih.

Encik Sulaiman Bin Husin

Yang Dipertua
Majlis Daerah Jerantut

Collapsible Links with Icons
  • Child Link 1
  • Child Link 2
  • Child Link 3
  • Child Link 1
  • Child Link 2
  • Child Link 3
  • Child Link 1
  • Child Link 2
  • Child Link 3
December 2025
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Skip to content