Posted by
–
Majlis Daerah Jerantut (MDJ) mempelawa mana-mana syarikat atau individu yang berminat untuk mengemukakan cadangan usahasama penyelenggaraan / operasi bagi Pusat Rekreasi dan Padang Golf Lembah Kiol, Mukim Tebing Tinggi, Daerah Jerantut.
🎯 Keutamaan akan diberikan kepada pihak yang dapat menawarkan pulangan tertinggi kepada MDJ dengan cadangan aktiviti menarik serta mematuhi syarat penyewaan.
📄 Kertas cadangan yang dihantar hendaklah mengandungi:
1️⃣ Profil syarikat / individu
2️⃣ Kedudukan kewangan
3️⃣ Pengalaman pengurusan pusat rekreasi
4️⃣ Cadangan aktiviti padang golf dan kawasan rekreasi
5️⃣ Cadangan pengindahan, penyelenggaraan, promosi dan landskap
6️⃣ Cadangan penjagaan flora dan fauna
7️⃣ Cadangan kadar sewaan dan pulangan kepada MDJ
📅 Tarikh tutup penghantaran:
👉 31 Oktober 2025
📮 Alamat penghantaran:
Yang Dipertua
Majlis Daerah Jerantut
27000 Jerantut, Pahang
📞 Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MD Jerantut
Talian: 09-266 2205
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CEPAT – MESRA – TELUS”