Portal Rasmi Majlis daerah Jerantut

Social Icon Links
Icon Links

IKLAN SEBUTHARGA MDJ/SH/04/04/2025

Posted by

Sebut Harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam kelas dan jenis Pendaftaran yang berkaitan dan yang masih membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :-

BILNO SEBUT HARGA & TAJUK PROJEKTARAF & KELASKATEGORITEMPAT LAWATAN TAPAKTARIKH LAWATAN TAPAKTARIKH TUTUP SEBUT HARGAHARGA SEBUTHARGA
1.MDJ/SH/04/04/2025
MEMBAIKPULIH LAMPU ISYARAT SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI BANDAR INDERAPURA
BUMIPUTERA
G1, G2, G3
E11, E16RUANG TERBUKA DEWAN BESAR MAJLIS DAERAH JERANTUT28/10/2025
(SELASA)
PENDAFTARAN:
9.00 PAGI
TUTUP PENDAFTARAN:
9.30 PAGI
04/11/2025
(SELASA)
12.00 T.HARI
RM10.00

  1. Dokumen Meja Tawaran akan mula dipamerkan mulai  28 OKTOBER 2025 (SELASA) pada waktu pejabat di Bahagian Kontrak (Kaunter Jualan) Majlis Daerah Jerantut, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
  2. Dokumen Sebut Harga  akan  dijual mulai dari  28 OKTOBER 2025 (SELASA) hingga 04 NOVEMBER 2025 (SELASA) pada  waktu  pejabat. Bayaran bagi Dokumen  Sebut Harga hendaklah  dibuat  dalam  Ringgit  Malaysia  dan  dalam bentuk Tunai / Draf Bank / Wang Pos / Kiriman Wang Pos  SAHAJA.
  3. Penender yang berminat adalah DIWAJIBKAN untuk  menyertai  lawatan  tapak  yang akan  diadakan pada tarikh dan masa  seperti yang telah  ditetapkan.  Penender  dikehendaki  melapor diri pada  hari tersebut dengan  membawa bersama sijil-sijil berikut semasa pendaftaran dijalankan dan  Wakil tidak dibenarkan.
    • Perakuan Pendaftaran Asal Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)
    • Sijil Asal Pendaftaran Kontraktor Dengan Majlis Daerah Jerantut
    • Sijil Pendaftaran Asal Pusat Khidmat Kontraktor
    • Sijil Asal Pengiktirafan Taraf Bumiputera
    • Kad Pengenalan Asal
    • Sijil Pematuhan Cukai (TCC)
  4. Dokumen Sebut Harga hanya dikeluarkan kepada Penama Di Dalam Lesen Sahaja dengan membawa Sijil Pendaftaran Asal yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB),Sijil Pematuhan Cukai (TCC) dan Sijil dari Majlis Daerah Jerantut. Kebenaran khas dengan CIDB perlulah dikemukakan semasa sesi lawatan tapak dijalankan.
  5. Sebutharga ini ditutup pada 04 NOVEMBER 2025 (SELASA), dokumen sebut harga yang telah diisi dengan lengkap dimasukkan ke dalam   Sampul surat berlakridan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender Majlis Daerah Jerantut tidak  lewat  jam 12.00  tengahari.

Skip to content