Posted by
–
Terima Kasih Jerantut!
Karnival Merdeka Muhibah Jerantut 2025 telah melabuhkan tirainya dengan penuh warna-warni, semangat dan ukhwah.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua warga Jerantut yang hadir, para peserta, kakitangan, agensi terlibat, peniaga, penaja serta semua yang bertungkus-lumus menjayakan karnival ini. Tanpa anda semua, karnival ini tidak mungkin menjadi seindah ini.
Kenangan yang tercipta dari gelak tawa di reruai, sorakan di gelanggang sukan, persembahan meriah, hinggalah semangat kerjasama tanpa mengenal penat lelah akan sentiasa terpahat sebagai memori terindah untuk warga Jerantut.
Semoga karnival ini menjadi jambatan silaturrahim, menyemarakkan semangat kemerdekaan dan menambah erat kasih sayang sesama kita. Mari kita terus kekalkan semangat ini untuk Jerantut yang lebih gemilang.