Portal Rasmi Majlis daerah Jerantut

Social Icon Links
Icon Links

MAJLIS DAERAH JERANTUT RAIH PENGIKTIRAFAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR TERBAIK WMAM 2025

Posted by

Jerantut terus melakar kejayaan apabila Majlis Daerah Jerantut (MDJ) diumumkan sebagai penerima Excellence in Urban Environmental Management Award di WMAM 20th Anniversary Gala Dinner & Awards Night 2025 yang berlangsung di Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 8 September 2025.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen MDJ dalam memastikan pembangunan bandar sentiasa seimbang dengan kelestarian alam sekitar. Antara inisiatif yang menjadi penanda aras ialah:

✅ Program komuniti kitar semula “Trash-to-Cash” : menjadikan bahan terpakai sebagai sumber nilai baharu.

✅ Kempen sifar plastik sekali guna & pendidikan guna semula, memupuk budaya hijau dalam kalangan masyarakat.

Pengiktirafan ini diterima oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Jerantut, YBrs. Tuan Sulaiman bin Husin yang menzahirkan kejayaan kolektif warga Jerantut yang sentiasa menyokong usaha hijau dan mampan.

MDJ amat menghargai kerjasama semua pihak. Bersama kita jayakan aspirasi menjadikan Jerantut sebuah bandar hijau, sejahtera dan lestari untuk generasi akan datang.

Skip to content