MENU

Majlis Daerah Jerantut Sebagai Sebuah Pihak Berkuasa Tempatan

Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur telah bersetuju menerima pakai Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) pada 01hb September 1979. Mulai dari tarikh itu maka bermulalah penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di Negeri Pahang dan dinaikkan taraf sebagai Majlis Perbandaran Daerah. Majlis Daerah Jerantut telah dinaikkan taraf dari Lembaga Bandaran kepada Majlis Daerah dan telah disusun semula pada 01hb Mac 1982.

Dengan penyusunan tersebut, peranan Majlis Daerah Jerantut menjadi semakin penting khasnya dengan pertambahan penduduk dan perkembangan ekonomi keseluruhannya. Masyarakat tidak lagi menganggap Majlis Daerah Jerantut sebagai tempat mendapatkan "Obligatory Services" semata-mata tetapi meliputi "Discretionery Services" serta juga sebagai agen pembangunan bagi sesuatu kawasan.

 

Kawasan Majlis Daerah Jerantut

Majlis Daerah Jerantut telah diwujudkan pada 02hb. Oktober 1982 yang merangkumi kawasan seluas 12,109.00 hektar. Daripada jumlah itu 3,020.00 hektar telah diwartakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) seksyen 127, seksyen 128 dan seksyen 163 sebagai kawasan operasi. Manakala selebihnya iaitu 9,021.00 hektar telah diwartakan sebagai kawasan kawalan. Kawasan-kawasan yang dimaksudkan adalah merangkumi Bandar Jerantut, Batu Balai, Damak, Jerantut Feri dan Kuala Tembeling.

Pihak Majlis Daerah Jerantut telah mengenakan cukai serta memberi perkhidmatan perbandaran di kawasan-kawasan operasi. Kawasan-kawasan yang selebihnya tidak diberi perkhidmatan perbandaran tetapi dikawal dari segi pembangunan. Pembahagian kawasan Majlis Daerah Jerantut hanya meliputi beberapa kawasan tertentu sahaja seperti jadual di bawah.

Kawasan Operasi Majlis Daerah Jerantut