MENU

Taman Negara

Taman Negara

Info Ringkas

Taman Negara yang merupakan hutan hujan tropika yang terbesar dan tertua di dunia merupakan salah satu tumpuan utama pelancong di dalam mahupun pelancong dari luar negara. Di sini turut kaya dengan pelbagai bentuk gua-gua batu kapur. Antaranya ialah Gua Telinga dan Gua Kepayang Besar. Para pelancong juga boleh melihat pelbagi jenis dan spesis binatang dan tumbuhan melalui Bumbum Tebing dan Bumbum Blau. Bagi memenuhi keselesaan pengunjung yang mengunjungi kawasan ini, pihak Taman Negara telah menyediakan beberapa kemudahan dan antaranya ialah chalet, tapak perkhemahan, bangku rehat, tandas awam, restoran, kedai cenderamata dan sebagainya. Selain itu bekalan air, elektrik dan telekomunikasi juga disediakan.

Taman Negara Kuala Tahan merupakan taman yang terbesar di negara kita dengan keluasan 4,343 km persegi yang menyimpan khazanah negara yang kaya dengan fauna dan flora. Semua hidupan liar dan tumbuhan tidak boleh diganggu bagi memastikan keindahan alam semulajadi yang asli dapat dikekalkan agar tidak pupus dan tidak musnah. Para pengunjung juga boleh melihat keindahan alam semulajadi melalui ‘Canopy Walkway' iaitu sebuah jambatan yang dibina daripada tali, jaring, kayu dan kabel setinggi 25 meter dari paras tanah dan panjang lebih kurang 400 meter. Pengunjung-pengunjung ke Taman Negara ini biasanya akan tinggal dua hingga empat hari bergantung kepada aktiviti yang dipilih.

Bagaimana ke sana?

Peta

Pekan Kuala Tembeling adalah pintu masuk ke Taman Negara Kuala Tahan bagi pelancong yang memilih perjalanan melalui sungai. Di Pekan Kuala Tembelinglah, Sungai Jelai dan Sungai Tembeling bercantum membentuk sebuah kuala dan bermulanya Sungai Pahang. Kuala Tembeling terletak sejauh 16 km dari bandar Jerantut. Sebuah terminal baru sedang dibina bagi menggantikan jeti yang sedia ada. Melalui jeti ini pengunjung-pengunjung ke Taman Negara akan melalui jalan sungai sejauh 59 km dengan menaiki bot yang memakan masa selama lebih kurang tiga jam perjalanan. Pengunjung-pengunjung juga boleh menggunakan jalan darat melalui Felda Padang Piol dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda terus ke Kuala Tahan dengan perjalanan lebih kurang satu jam.

Jalan air

  • Menggunakan jalan air iaitu dengan menaiki bot
  • Jarak perjalanan mengambil masa 3 jam
  • Pengunjung boleh menaiki bas atau teksi menuju ke Jeti Kuala Tembeling. Dari sini pengunjung boleh menaiki bot terus sampai ke Kuala Tahan memudik / melawan arus Sg. Tembeling dan akan melalui beberapa perkampungan seperi Pasir Tambang, Pasir Durian, Jeram Ampai, Kg. Chebong, Kg. Labu, Kg. Merting, Kg. Gol, Kg. Sg. Tiang, Kg. Padang, Kg. Tekah dan Kg. Belebar

Senarai Hotel/Resort di Taman Negara

Mutiara Taman Negara
Kuala Tahan, 27000 Jerantut
Pahang Darul Makmur
Tel:09-2663500 / Faks:09-2661500
E-mail:fomtn@mutiarahotels.com
http://www.mutiarahotels.com/
Pesona Village Resort
Taman Negara 27000 Jerantut
Pahang Darul Makmur
Tel:09-2669696 / 2662622 / 2662622
Faks:09-2671196
Teresek View Motel
Taman Negara Kuala Tahan, 27000 Jerantut
Pahang Darul Makmur
Tel:09-2602720 / 09- 2602721
Faks:09-2602722
Rainforest Resort Taman Negara
P.O.Box 76 27000 Jerantut Pahang
Tel:09-2667888 / 7241/ 7637
Faks:09-2672352
http://www.rainforest-tamannegara.com email: resvns@rainforest-tamannegara.com
Woodland Resort
Tel:09-2661111
Agoh Chalet
Tel:09-2663500
Ekoton Chalet
Tel:09-2669897
Homestay Sg. Tekah (House)
Tel:09-2666387
Liana Hostel
Tel:09-2669322
Nusa Camp
Tel:09-2662369
Tahan Guest House
Tel:09-2667752

Senarai Agensi

NKS Travel & Hotel

Mutiara Taman Negara

Taman Negara Resort

Aktiviti-aktiviti di Taman Negara

Bagi aktiviti mendaki Gunung Tahan, perjalanan turun/naik memakan masa selama sembilan hari. Manakala bagi peminat aktiviti memancing ikan, Sungai Keniam adalah tempat yang paling digemari. Terdapat dua buah gua dalam kawasan taman ini iaitu Gua Daun Menari di Kuala Keniam dan Gua Telinga (gua batu kapur yang terbentuk oleh aliran sungai). Pengurusan Taman Negara, iaitu Taman Negara Resort turut menyediakan kemudahan penginapan kepada para pengunjung. Terdapat 117 buah bilik (termasuk challet), sebuah asrama yang memuatkan 64 pengunjung dalam satu masa dan ‘visitor lodge' di Kuala Terenggan dan Kuala Kenyam. Disamping itu, terdapat juga kawasan perkemahan, iaitu di KualaTahan dan Kuala Keniam. Khemah dan kelengkapan boleh disewa dari pengurusan taman. Kemudahan mengadakan seminar, kursus dan lain-lain upacara turut terdapat di Dewan Bayan Nuri yang menyediakan kemudahan terkini dan boleh memuatkan 300 orang peserta.

Untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti yang boleh dijalankan di Taman Negara pengunjung boleh melayari http://www.tamannegararesort.com