MENU
Image resize threshold of 10 remote images has been reached. Please use fewer remote images.

Adalah dimaklumkan bahawa MDJ sedang menaiktaraf jalan Persimpangan Mat Kilau ( Perpustakaan Awam).Oleh itu, penutupan sementara jalan terpaksa dilakukan bagi jalan-jalan seperti berikut:-

  1. Jalan masuk ke Perpustakaan melalui traffic light
  2. Jalan keluar dari Hotel Firdaus ke jalan utama

Semua kenderaan dari arah Hotel Firdaus dikehendaki menggunakan jalan belakang Bangunan Hotel Firdaus untuk keluar ke jalan utama melalui simpang keluar dihadapan RHB Bank. Manakala kenderaan yang hendak ke perpustakaan awam dikehendaki masuk menggunakan jalan keluar bangunan perpustakaan dan keluar dijalan yang sama.

Mohon kerjasama semua pemandu kenderaan agar mematuhi arahan ini untuk melancarkan perjalanan lalulintas.

Segala Kesulitan Amat Dikesali.