MENU

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Jerantut (keutamaan diberi kepada Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur). 
       

SYARAT – SYARAT LANTIKAN BAGI SEMUA JAWATAN:-

Calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
            
(a)     Terdiri daripada warganegara Malaysia;
(b)     Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
 

BIL

JAWATAN

GRED

TARAF

KOKOSONGAN

1

PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM)/ PENOLONG JURUTERA

JA29/30

TETAP

1

2 PELUKIS PELAN (SENI BINA)/ PENOLONG PEGAWAI SENI BINA JA29/30 TETAP 1
3 PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N22/N26 TETAP 1
4 PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19 TETAP 2
5 PEMANDU KENDERAAN H11 TETAP 1
6 PEMBANTU AWAM  H11 TETAP 2

   

 

B.   CARA – CARA MEMOHON
  1. Permohonan hendaklah menggunakan borang MDJ/1 yang boleh didapati di Kaunter  Khidmat  Pelanggan Majlis Daerah Jerantut dan boleh muat turun borang ini di laman web www.mdjerantut.gov.my.
  2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil atau salinan keputusan peperiksaan bagi kelayakan yang disyaratkan, sijil kelahiran, kad pengenalan (depan dan belakang) yang telah disahkan Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan sekeping gambar berukuran pasport.
  3. Tarikh Tutup : 09 JUN 2022
  4. Permohonan hendaklah sampai kepada :-

YANG DIPERTUA   
MAJLIS DAERAH JERANTUT
27000 JERANTUT
PAHANG DARUL MAKMUR

 

 

C.     CATATAN AM

a)        Permohonan AKAN DITOLAK  jika borang permohonan:-

  1. Tidak menggunakan Borang MDJ/1.
  2. Tidak menyertakan dokumen yang dikehendaki seperti yang disyaratkan dan semua salinan dokumen tidak disahkan.
  3. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup iklan.
  4. Borang permohonan yang tidak lengkap diisi atau tidak terang.
  5. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.
  6. Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat.
  7. Borang yang tidak ditandatangani.

 

b)        Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3(tiga) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.

 

 

Lampiran: 

Iklan Jawatan:PDF icon Iklan Jawatan Kosong (27 Mei 2022) 
Borang Permohonan: PDF icon Borang Permohonan Jawatan (MDJ/1)
Tarikh Tutup Permohonan:  09 Jun 2022