Kerja Undi adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam kelas dan jenis Pendaftaran yang berkaitan dan yang masih membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :-
BIL |
NO SEBUT HARGA & TAJUK PROJEK |
TARAF & KELAS |
KATEGORI |
TEMPAT UNDIAN |
TARIKH UNDIAN |
1
|
MDJ/KU/04/03/2022 BAIK PULIH LONGKANG DI TAMAN INTAN, MD JERANTUT |
BUMIPUTERA G1 |
CE, CE 01, CE21 |
DEWAN BANQUET MAJLIS DAERAH JERANTUT |
29.09.2022 (KHAMIS) 9.00 PAGI |
2 |
MDJ/KU/04/04/2022 BAIK PULIH JALAN DI TAMAN JERANTUT, MD JERANTUT |
BUMIPUTERA G1 |
CE, CE 01, CE21 |
DEWAN UTAMA MAJLIS DAERAH JERANTUT |
29.09.2022 (KHAMIS) 9.00 PAGI |
3 |
MDJ/KU/01/01/2022 BANTUAN BAIK PULIH RUMAH DI BANDAR FASA 4 TAHUN 2022 DI BAWAH PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR (PPKB) – ZAINAL BAKRI BIN HARIMAN |
BUMIPUTERA G1 |
B, B04 |
DEWAN UTAMA MAJLIS DAERAH JERANTUT |
29.09.2022 (KHAMIS) 9.00 PAGI |
4 |
MDJ/KU/05/05/2022 KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN KOMPLEKS NIAGA JERANTUT DAERAH JERANTUT |
BUMIPUTERA G1 |
B, B04 |
DEWAN UTAMA MAJLIS DAERAH JERANTUT |
29.09.2022 (KHAMIS) 9.00 PAGI |
1. Kerja-kerja Undi hanya layak bagi kontraktor yang aktif dan berdaftar dengan Majlis Daerah Jerantut.
2. Kontraktor yang tidak layak mengundi adalah seperti berikut:-
2.1 Pernah mendapat kerja undi tahun 2021 dan 2022
2.2 Pernah mendapat sebarang kerja tahun 2022
3. Kontraktor yang berminat adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri sesi undian yang akan diadakan pada tarikh dan masa seperti yang telah ditetapkan. Kontraktor dikehendaki melapor diri pada hari tersebut dengan membawa bersama sijil-sijil berikut semasa pendaftaran dijalankan dan Wakil tidak dibenarkan. Penender juga diwajibkan untuk memakai pelitup muka.
- Perakuan pendaftaran Asal Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)
- Sijil Asal Pendaftaran Kontraktor Dengan Majlis Daerah Jerantut
- Sijil Pendaftaran Asal Pusat Khidmat Kontraktor
- Sijil Asal Pengiktirafan Taraf Bumiputera
- Kad Pengenalan Asal
4. Hanya Pemilik Lesen sahaja yang layak mengundi.
5. Kontraktor yang berjaya diberi tempoh 1 minggu sahaja untuk menyiapkan kerja tersebut. Sekiranya gagal menyiapkan kerja di dalam tempoh yang ditetapkan, kontraktor akan disenaraihitamkan.
Lampiran:
Iklan Kerja Undi MDJ/KU/04/03/2022 - MDJ/KU/05/05/2022
Rujukan Tender:
Iklan Kerja Undi MDJ/KU/04/03/2022 - MDJ/KU/05/05/2022
Tarikh Tutup Tender:
Khamis, 29 September 2022