Sebut Harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam kelas dan jenis Pendaftaran yang berkaitan dan yang masih membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :-
BIL |
NO SEBUT HARGA & TAJUK PROJEK |
TARAF & KELAS |
KATEGORI |
TEMPAT LAWATAN TAPAK |
TARIKH LAWATAN TAPAK | TARIKH TUTUP SEBUT HARGA | HARGA SEBUTHARGA |
1
|
MDJ/SH/02/01/2023 MEMBINA DATARAN KONKRIT DI JETI KUALA TAHAN, JERANTUT
|
BUMIPUTERA |
CE21 |
DEWAN BANQUET MAJLIS DAERAH JERANTUT |
17/02/2023 (JUMAAT) PENDAFTARAN:9.00 PAGI TUTUP PENDAFTARAN: 9.30 PAGI |
24/02/2023 |
RM50.00 |
2
|
MDJ/SH/02/02/2023 MEMBINA MENARA TINJAU SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI BUKIT ISTANA, JERANTUT
|
BUMIPUTERA |
B04 |
DEWAN BANQUET MAJLIS DAERAH JERANTUT |
17/02/2023 (JUMAAT) PENDAFTARAN:9.00 PAGI TUTUP PENDAFTARAN: 9.30 PAGI |
24/02/2023 |
RM50.00 |
1. Dokumen Meja Tawaran akan mula dipamerkan mulai 17 FEBRUARI 2023 (JUMAAT) pada waktu pejabat di Bahagian Kontrak (Kaunter Jualan) Majlis Daerah Jerantut, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur
2. Dokumen Sebut Harga akan dijual mulai dari 17 FEBRUARI 2023 hingga 24 FEBRUARI 2023 pada waktu pejabat. Bayaran bagi Dokumen Sebut Harga hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia dan dalam bentuk Tunai / Draf Bank / Wang Pos / Kiriman Wang Pos SAHAJA.
3. Penender yang berminat adalah DIWAJIBKAN untuk menyertai lawatan tapak yang akan diadakan pada tarikh dan masa seperti yang telah ditetapkan. Penender dikehendaki melapor diri pada hari tersebut dengan membawa bersama sijil-sijil berikut semasa pendaftaran dijalankan dan Wakil tidak dibenarkan.
- Perakuan Pendaftaran Asal Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)
- Sijil Asal Pendaftaran Kontraktor Dengan Majlis Daerah Jerantut
- Sijil Pendaftaran Asal Pusat Khidmat Kontraktor
- Sijil Asal Pengiktirafan Taraf Bumiputera
- Kad Pengenalan Asal
4. Dokumen Sebut Harga hanya dikeluarkan kepada Penama Di Dalam Lesen Sahaja dengan membawa Sijil Pendaftaran Asal yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia ( CIDB ) dan Sijil dari Majlis Daerah Jerantut.
5. Sebutharga ini ditutup pada 24 FEBRUARI 2023 (JUMAAT), dokumen sebut harga yang telah diisi dengan lengkap dimasukkan ke dalam Sampul surat berlakri dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender Majlis Daerah Jerantut tidak lewat jam 12.00 tengahari.
Lampiran:
Iklan Sebut Harga MDJ/SH/02/01/2023-MDJ/SH/02/01/2023
Rujukan Tender:
Iklan Sebut Harga MDJ/SH/02/01/2023-MDJ/SH/02/01/2023
Tarikh Tutup Tender:
Jumaat, 24 Februari 2023