PEMAKLUMAN
Penutupan Jalan dan laluan alternatif penguraian trafik sempena Program
Hari Jerantut Rendah Karbon 2023
Pada 10 Jun 2023 (Sabtu) ini, akan diadakan Program Hari Jerantut Rendah
Karbon 2023 di sepanjang Jalan Bandar Lama bermula dari Bulatan Mat Kilau
sehingga Menara Jam Bandar Lama Jerantut.
Sehubungan itu, Jalan tersebut akan ditutup pada 9 Jun 2023 (Jumaat)
bermula Jam 9.00 malam sehingga 10 Jun 2023 (Sabtu) Jam 3.00 petang.
Sila rujuk kepada visual grafik pelan laluan alternatif dan penguraian trafik
yang telah ditetapkan dan anda dinasihatkan supaya merancang perjalanan.
Kami memohon maaf atas kesulitan sementara ini dan kami mengharapkan
sokongan penuh warga Jerantut bagi menjayakan Program Hari Jerantut
Rendah Karbon 2023.
Sila sebar luaskan maklumat ini untuk manfaat bersama.