MENU

TAMAN NEGARA BIRD COUNT
Tarikh : 13-15 Mac 2020 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Kuala Tahan & paya Kangsar, Pulau Tawat, Jerantut, Pahang Darul Makmur

TAMAN NEGARA COUNT BIRD (TNBC) adalah program tahunan di Kuala Tahan, Jerantut Pahang. Ia dimulakan sejak 2014. Ini adalah satu acara santai untuk mengesan dan mengira pelbagai spesies burung yang mendiami Taman Negara Pahang, Malaysia. Peserta akan dapat melihat burung yang jarang dilihat dan belajar tentang habitat mereka. TNBC juga merupakan acara kasual yang berimpak rendah yang dijalankan oleh komuniti Kuala Tahan dengan NGO Bird Group bertindak sebagai penganjur. Dengan sokongan Ministry of Tourism, Art and Cunture (MOTAC PAHANG) & TOURISM PAHANG.

TNBC2020 sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 memberi penekanan kepada pembelajaran & pengetahuan tentang aktiviti 'avitourism' dengan memberi tumpuan kepada mengenal pasti ID spesies burung, habitat dan mendedahkan pelajar kepada kepentingan penjagaan alam sekitar dan ekosistem hutan untuk memelihara pusat eko-pelancongan. Bilangan spesis yang direkodkan juga merupakan penunjuk tahap ekosistem kawasan. Peserta akan didedahkan dengan acara sampingan seperti ceramah Alam Sekitar, persembahan slaid, Nature Talk oleh Orang Asli Bateq, Pameran kraftangan, makanan, persembahan buskers, pertandingan lukisan semulajadi dan aktiviti menarik di Taman Negara Pahang. Moh kita ke pahang!

#VM2020
#TNBC202O
#KomunitiKualaTahan