Sebut Harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam kelas dan jenis Pendaftaran yang berkaitan dan yang masih membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :-
BIL |
NO SEBUT HARGA & TAJUK PROJEK |
TARAF & KELAS |
KATEGORI |
TEMPATLAWATAN TAPAK |
TARIKH LAWATAN TAPAK |
TARIKH TUTUP SEBUT HARGA | HARGA SEBUTHARGA |
1
|
MDJ/SH/04/14/2020
BAIKPULIH JALAN BATU EMBUN KE SG. JAN, JERANTUT, PAHANG |
BUMIPUTERA G1 |
CE 01, CE21 |
DEWAN UTAMA MAJLIS DAERAH JERANTUT |
30.10.2020 (JUMAAT) 9.00 PAGI |
06.11.2020 (JUMAAT 12.00 T.HARI |
RM15.00 |
2 |
MDJ/SH/04/15/2020
BAIKPULIH JALAN KUARTERS KERAJAAN JERANTUT, PAHANG |
BUMIPUTERA G1 |
CE 01, CE21 |
DEWAN UTAMA MAJLIS DAERAH JERANTUT |
30.10.2020 (JUMAAT) 9.00 PAGI |
06.11.2020 (JUMAAT 12.00 T.HARI |
RM15.00 |
3 |
MDJ/SH/04/16/2020
BAIKPULIH JALAN DI JALAN DULANG DAN LORONG DULANG, JERANTUT, PAHANG |
BUMIPUTERA G1 |
CE 01, CE21 |
DEWAN UTAMA MAJLIS DAERAH JERANTUT |
30.10.2020 (JUMAAT) 9.00 PAGI |
06.11.2020 (JUMAAT 12.00 T.HARI |
RM15.00 |
1. Dokumen Meja Tawaran akan mula dipamerkan mulai 30 OKTOBER 2020 (JUMAAT) pada waktu pejabat di Bahagian Kontrak (Kaunter Jualan) Majlis Daerah Jerantut, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur
2. Dokumen Sebut Harga akan dijual mulai dari 30 OKTOBER, 2020 hingga 06 NOVEMBER 2020 pada waktu pejabat. Bayaran bagi Dokumen Sebut Harga hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia dan dalam bentuk Tunai Draf Bank / Wang Pos / Kiriman Wang Pos SAHAJA.
3. Penender yang berminat adalah DIWAJIBKAN untuk menyertai lawatan tapak yang akan diadakan pada tarikh dan masa seperti yang telah ditetapkan. Penender dikehendaki melapor diri pada hari tersebut dengan membawa bersama sijil-sijil berikut semasa pendaftaran dijalankan dan Wakil tidak dibenarkan. Penender juga diwajibkan untuk memakai pelitup muka.
i). Perakuan pendaftaran Asal Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan ( CIDB )
ii). Kad Perakuan Penerimaan Permohonan Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
iii). Sijil Pendaftaran Asal Pusat Khidmat Kontraktor
iv). Sijil Asal Pengiktirafan Taraf Bumiputera.
v) Kad Pengenalan Asal.
4. Hanya Pemilik Lesen sahaja yang layak menghadiri lawatan tapak.
5. Dokumen Sebut Harga hanya dikeluarkan kepada Kontraktor atau Wakil Kontraktor yang bertauliah dengan membawa surat wakil kuasa dari pegawai yang bertauliah seperti dalam sijil Pusat Khidmat Kontraktor. Wakil kontraktor hendaklah membawa Sijil Pendaftaran Asal yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia ( CIDB ). Salinan - salinan Perakuan dan Sijil yang berkenaan boleh diterima jika disahkan oleh pejabat yang mengeluarkannya dan Sijil dari Majlis Daerah Jerantut.
6. Sebutharga ini ditutup pada 06 NOVEMBER, 2020 (Jumaat), dokumen sebut harga yang telah diisi dengan lengkap dimasukkan ke dalam Sampul surat berlakri dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender Majlis Daerah Jerantut tidak lewat jam 12.00 tengahari.
7. Majlis Daerah Jerantut tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah ataupun mana-mana tawaran.
Lampiran:
Iklan Sebut Harga MDJ/SH/04/14/2020-MDJ/SH/04/16/2020
Rujukan Tender:
Iklan Sebut Harga MDJ/SH/04/14/2020-MDJ/SH/04/16/2020
Tarikh Tutup Tender:
Jumaat, 6 November 2020