1. | Apa itu Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP)? | |||||||||||||||||||||||||
Penubuhan JPP merupakan satu inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan transformasi pengurusan bandar memandangkan pada masa ini hampir 70% penduduk Negara ini tinggal di bandar. Dengan penubuhan JPP, Kerajaan Persekutuan dapat membantu Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk berinteraksi secara langsung dengan penduduk dan membawa sebarang isu untuk ditangani bersama. Ini kerana terdapat isu-isu perbandaran yang bidang kuasanya terletak di bawah kawalan agensi Kerajaan Persekutuan seperti kesihatan, pengangkutan, keselamatan, perumahan, alam sekitar dan lain-lain. Secara tidak langsung penubuhan JPP dapat mengurangkan beban dan tanggungjawab PBT dalam aspek kesejahteraan bandar dan membolehkan mereka lebih fokus kepada urusan utama yang lain. Penubuhan JPP akan memberi peluang dan menggalakkan penyertaan penduduk (public participation) dalam program program dan pembangunan di kawasan Bandar bagi meningkatkan kemampanan kejiranan (neighbourhood sustainability). Sehubungan itu, penduduk berpeluang melibatkan diri dalam mengemukakan pandangan dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat untuk diambil tindakan oleh Kerajaan. |
||||||||||||||||||||||||||
2. | Adakah JPP akan ditubuhkan ke seluruh Negara? | |||||||||||||||||||||||||
JPP akan ditubuhkan di 148 PBT seluruh Negara kecuali Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan, Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim, Lembaga Bandaran Johor Tenggara dan Lembaga Kemajuan Tioman. Penubuhan JPP adalah mengikut zon iaitu maksimum 24 zon bagi setiap kawasan PBT. | ||||||||||||||||||||||||||
3. | Apakah objektif utama penubuhan JPP? | |||||||||||||||||||||||||
Tiga (3) objektif utama penubuhan JPP adalah seperti berikut:
|
||||||||||||||||||||||||||
4. | Apakah peranan dan fungsi JPP? | |||||||||||||||||||||||||
Peranan dan fungsi yang boleh dimainkan oleh JPP adalah seperti berikut:
|
||||||||||||||||||||||||||
5. | Bagaimana organisasi JPP? | |||||||||||||||||||||||||
JPP ditadbir oleh Pengerusi dan dibantu oleh Setiausaha serta lapan (8) ahli jawatankuasa seperti berikut:
|
||||||||||||||||||||||||||
6. | Apakah beza peranan Rukun Tetangga (RT), Persatuan Penduduk (RA) dan JPP? | |||||||||||||||||||||||||
Penubuhan RT adalah berdasarkan permohonan yang dikemukakan kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) manakala Penubuhan RA adalah berdasarkan permohonan yang dikemukakan kepada Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia dan terhad kepada kawasan perumahan tertentu sahaja. Sebaliknya, JPP ditubuhkan di setiap zon yang merangkumi keseluruhan kawasan dalam zon di setiap PBT. Fungsi RT dan RA hanya menumpukan kepada isu-isu keselamatan, perpaduan, kebajikan penduduk dan keharmonian antara kaum dalam kawasan perumahan tertentu serta dipantau oleh JPNIN sahaja (bagi RT) tanpa penglibatan secara langsung dengan PBT. Melalui penubuhan JPP, penyertaan masyarakat dalam urus tadbir PBT dapat ditingkatkan dalam menangani isu-isu kesejahteraan bandar seperti perancangan, pengurusan landskap, pencemaran alam sekitar, peningkatan kadar jenayah, penempatan setinggan, gejala sosial, vandalisme dan lain-lain isu perbandaran. |
||||||||||||||||||||||||||
7. |
Bukankah wujud pertindihan antara peranan JPP dan pertubuhan atau persatuan yang bergerak aktif di kawasan PBT seperti Rukun Tetangga, Persatuan Belia, Jawatankuasa Masjid dan lain-lain pertubuhan atau persatuan? | |||||||||||||||||||||||||
Pertubuhan atau persatuan ini hanya menumpukan kepada aspek-aspek tertentu seperti keselamatan keagamaan dan sosial. Taburannya adalah secara rawak dan melibatkan kawasan-kawasan tertentu sahaja. Persatuan-persatuan penduduk pula didapati hanya aktif di dalam kawasan perumahan mereka sahaja dan kurang berinteraksi dengan PBT. Melalui penubuhan JPP, pertubuhan atau persatuan yang bergerak di kawasan PBT juga dapat diselaraskan bagi memastikan program yang dilaksanakan tidak bertindih antara satu sama lain dan PBT boleh mengambil tindakan secara komprehensif dan kolektif bagi menangani isu-isu kesejahteraan bandar yang dibangkitkan oleh penduduk. |
||||||||||||||||||||||||||
8. | Apa fungsi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)? | |||||||||||||||||||||||||
MPP akan ditubuhkan di setiap PBT bagi menyelaras dan memastikan kelancaran perjalanan JPP di setiap zon. MPP akan dipengerusikan oleh Datuk Bandar/YDP atau wakil yang dilantik oleh KPKT manakala ahli-ahli MPP adalah terdiri daripada Pengerusi JPP di setiap zon, pemimpin Tempatan Persekutuan (PTP) dan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan di kawasan PBT. MPP perlu bersidang sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.
Peranan utama MPP adalah seperti berikut:
|
||||||||||||||||||||||||||
9. | Bagaimana hubungan JPP, PTP dan PBT? | |||||||||||||||||||||||||
Pada masa ini, interaksi di antara Pemimpin Tempatan Persekutuan (PTP) yang terdiri daripada Ahli Parlimen atau Pemimpin Tempatan yang dilantik bagi mewakili Kerajaan Persekutuan dan PBT adalah amat kurang. PTP tidak terlibat secara langsung dengan perancangan dan pembangunan bandar serta pentadbiran PBT. Melalui penubuhan JPP dan pembentukan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di PBT yang turut melibatkan PTP di kawasan tersebut dapat membantu penduduk untuk menyuarakan setiap permasalahan mereka kepada Kerajaan. | ||||||||||||||||||||||||||
10. | Bolehkah ahli dalam mana-mana persatuan/pertubuhan seperti Rukun Tetangga, dan persatuan penduduk menjadi anggota JPP? | |||||||||||||||||||||||||
Ya, ahli sedia ada dalam Rukun Tetangga, persatuan penduduk atau mana-mana persatuan boleh menganggotai JPP sekiranya menepati kriteria yang ditetapkan. | ||||||||||||||||||||||||||
11. | Siapakah Pihak Berkuasa Melantik bagi anggota JPP? | |||||||||||||||||||||||||
Pihak Berkuasa Melantik bagi Pengerusi adalah YB Menteri Kesejahteraan Bandar manakala Setiausaha dan ahli jawatankuasa JPP yang lain dilantik oleh Ketua Setiausaha KPKT. | ||||||||||||||||||||||||||
12 | Apakah kriteria atau syarat umum pelantikan anggota JPP? | |||||||||||||||||||||||||
Penduduk yang bermastautin di dalam zon tersebut;
|
||||||||||||||||||||||||||
13. | Berapakah tempoh lantikan anggota JPP? | |||||||||||||||||||||||||
Tempoh lantikan bagi anggota JPP bagi satu penggal adalah tidak melebihi dua (2) tahun. Tempoh lantikan anggota JPP boleh dilanjutkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh anggota JPP dalam tempoh perkhidmatan. Tempoh maksimum pelantikan adalah dua (2) penggal sahaja. | ||||||||||||||||||||||||||
14 | Adakah pelantikan JPP boleh ditamatkan? | |||||||||||||||||||||||||
Lantikan anggota JPP boleh ditamatkan pada bila-bila masa oleh Pihak Berkuasa Melantik dengan syor dan perakuan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk atas sebab-sebab berikut:
|
||||||||||||||||||||||||||
15. | Apakah elaun dan kemudahan yang diterima oleh anggota JPP? | |||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||
16. | Adakah peranan JPP bertindih dengan peranan Ahli Majlis. | |||||||||||||||||||||||||
Status JPP adalah berbeza dengan status Ahli Majlis. PBT adalah merupakan sebuah pertubuhan perbadanan (body corporate) dan merupakan satu entiti undang-undang dan merupakan agensi penguatkuasaan. Manakala JPP adalah bersifat pentadbiran yang bukan merupakan satu entiti undang-undang dan bukan agensi penguatkuasaan. Fungsi JPP hanyalah bertujuan untuk membantu orang awam dalam sesuatu komuniti untuk bergiat aktif dalam proses pentadbiran kerajaan tempatan. Memandangkan JPP ditubuhkan secara pentadbiran sahaja, apa-apa keputusan, cadangan atau syor yang dibuat oleh JPP tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang dan dengan itu PBT tidak terikat untuk mematuhinya melainkan PBT bersetuju untuk menerima pakai keputusan, syor atau cadangan tersebut. |
- Laman Utama
- MDJ
- Profil
- Pengurusan
- Perutusan YDP
- Profil YDP
- Profil Ahli Majlis
- Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
- Carta Organisasi
- Semakan Baki Klinik Panel MDJ
- Senarai Jawatan Kuasa Kecil
- Jawatankuasa Perjawatan Dan Perkhidmatan
- Jawatankuasa Kewangan
- Jawatankuasa Taksiran Dan Penilaian
- Jawatankuasa Undang-Undang & Penguatkuasaan
- Jawatankuasa Pelancongan Rekreasi & Landskap
- Jawatankuasa Kebersihan
- Jawatankuasa Infrastruktur Dan Lalu Lintas
- Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC)
- Jawatankuasa Bandar Selamat
- Jawatankuasa Tatatertib
- Jawatankuasa Kawalan Perniagaan & Kesihatan
- Jawatankuasa Pembangunan Komuniti
- Jawatankuasa Pengurusan Pelanggan & Inovasi
- Panel Temuduga Jawatan
- Panel Temuduga Gerai
- Jawatankuasa Membuka Sebut Harga /Tender
- Jawatankuasa Penilaian Sebut Harga/Tender
- Sumber
- Pusat Media
- EKSA
- Rakyat
- Perkhidmatan
- Cukai Taksiran
- Pengurusan Sisa
- Penyelenggaraan Landskap
- Kaunter-kaunter
- Aduan
- Pelesenan
- Sewaan Dewan
- Sewaan Padang
- Sewaan Ruang Pentas
- Tempat Letak Kereta
- Perpustakaan
- Sukan & Rekreasi
- Rakyat
- SENARAI KELULUSAN SEBAGAI PEKERJA KHIDMAT PENGHANTARAN (DELIVERY SERVICE) SELARAS DENGAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MAJLIS DAERAH JERANTUT 2021
- e-Perkhidmatan
- Komuniti & Program
- E-Penyertaan
- PKPB-Perintah Kawalan Pegerakan Diperketatkan
- Peluang Pekerjaan
- Perkhidmatan
- Perniagaan
- Pelawat