Piagam Pelanggan bagi Setiap Jabatan
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
-
Pengaduan Awam
Setiap aduan akan disasar dan diambil tindakan dalam tempoh tidak melebihi 14 hari jika:-
- Nama dan alamat pengadu dicatat dengan jelas.
- Jenis aduan jelas.
- Tempat di mana berlaku masalah dinyatakan dengan jelas.
- Maklum balas aduan kepada pelanggan akan diberikan dalam tempoh 14 hari.
-
Bahagian Penguatkuasaan
- Menjamin akan mengambil tindakan penguat kuasaan ke atas masalah-masalah orang awam mengikut undang-undang yang diperuntukan dengan adil, saksama, tegas dan betul.
- Mengambil tindakan serta-merta terhadap kesalahan yang dilakukan dengan cara memberi amaran lisan, notis, kompaun dan sitaan/rampasan.
-
Sewaan Gerai
- Mempastikan semua kekosongan gerai diiklankan dalam tempoh1 bulan.
- Tawaran sewaan dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh temuduga.
-
Sewaan Peralatan
- Permohonan akan dijawab dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Peralatan akan dibekalkan selewat-lewatnya 1 hari sebelum tarikh penggunaan dengan syarat bayaran telah dijelaskan