MENU

Pais Tempoyak

Pais merupakan masakan yang terkenal di Pahang, terutama di Hulu Tembeling, Jerantut. Memasak pais memang mudah dengan hanya menyediakan ikan, daun pisang, asam tempoyak, cili api dan bahan lain untuk menyedapkan masakan itu. Proses menyalai di atas bara api kayu mengambil masa 30 minit. Sebelum dibakar ikan akan dibalut terlebih dahulu dibalut dengan daun pisang atau daun kunyit.