MENU

UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC)

Piagam Pelanggan OSC

  1. Memproses permohonan secara serentak bagi Konsep Bina Kemudian Jual (BKJ), Projek Impak Tinggi dan Pelaburan Asing serta projek-projek kerajaan dalam tempoh 4 hingga 6 bulan dari tarikh penerimaan yang lengkap.

  2. Memproses permohonan secara serentak bagi konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh 6 bulan dari tarikh penerimaan yang lengkap.

  3. Memastikan permohonan cadangan pembangunan  yang diterima di Urus Setia Pusat Setempat diproses tidak melebihi dari tempoh yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengikut jenis permohonan seperti berikut;-

    Bil

    Jenis Permohonan

    Bil Hari Memproses

    a Permohonan 4 serentak *  111 hari
    b Permohonan 3 serentak (yang melibatkan perihal tanah) 111 hari
    c Permohonan 3 serentak (yang tidak melibatkan perihal tanah) 80 hari
    d Permohonan 2 serentak (yang melibatkan perihal tanah) 108 hari
    e Permohonan 2 serentak (yang tidak melibatkan perihal tanah) 80 hari
    f Kelulusan Kebenaran Merancang 47 hari
    g Permohonan Pelan Landskap 47 hari
    h Permohonan Pelan Nama Taman dan Nama Jalan 47 hari
    i Permohonan Pelan Kejuruteraan termasuk Pelan Kerja Tanah, Pelan Jalan dan Parit, Pelan Lampu Jalan 57 hari
    j Permohonan Pelan Bangunan 37 hari

    * Melibatkan permohonan perihal tanah, Kebenaran Merancang, Pelan Kejuruteraan dan Pelan Bangunan

  4. Menyedia dan mengedarkan pemakluman keputusan mesyuarat kepada pemohon selewat-lewatnya tiga (3) hari selepas mesyuarat dijalankan.