21 Jun 2023 | Rabu | Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Daerah Jerantut
Kesempatan berada di Jerantut, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang, TPr Nik Noraisu binti Nik Ibrahim telah membuat penyerahan Coffee Table Book Sejarah Perancangan Bandar Jerantut Gerbang Taman Negara kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Jerantut, YH Dato’ Khairun Nissa binti Aris.
Coffee Table ini merupakan Coffee Table ketiga yang disediakan oleh jabatan sebagai wadah perkongsian maklumat kepada umum.
Pembaca dapat menyelusuri sejarah perancangan bandar dari aspek pembangunan petempatan, ekonomi, budaya dan tradisi masyarakat serta keunikan dan keistimewaan komponen daerah menerusi lensa fotografi kreatif dan ilustrasi menarik.
Semoga penerbitan ini dapat memberi info yang bermanfaat kepada semua. Selamat membaca.
Bahagian Rancangan Pembangunan dan Projek Khas
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#ThisIsPahang
#coffeetablebook
#jerantut