Adalah dipelawa kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam kelas dan jenis Pendaftaran yang berkaitan dan yang masih membuat tawaran buat masa ini untuk berdaftar dengan Majlis Daerah Jerantut untuk tempoh 15 JANUARI 2024 HINGGA 15 JANUARI 2025. Sehubungan itu, kontraktor-kontraktor adalah dipelawa untuk hadir ke PEJABAT MAJLIS DAERAH JERANTUT DARI ISNIN HINGGA JUMAAT JAM 8.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG untuk tujuan pendaftaran.
BIL |
PERKARA |
TARAF & KELAS |
HARGA
|
1. |
PENDAFTARAN KONTRAKTOR |
BUMIPUTERA G1
|
RM50.00 |
BUMIPUTERA G2 & G3
|
RM100.00 |
- Untuk maksud ini Kontraktor-kontraktor yang ingin membuat pendaftaran DIWAJIBKAN membawa:
- Perakuan Pendaftaran Asal Atau Kad Perakuan Permohonan Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB),
- Sijil Pendaftaran Asal Pusat Khidmat Kontraktor (PKK),
- Sijil Asal Pengiktirafan Taraf Bumiputera dan,
- Sijil Asal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Salinan - salinan Perakuan dan Sijil yang berkenaan boleh diterima jika disahkan oleh pejabat yang mengeluarkannya dan Sijil dari Majlis Daerah Jerantut.
- Pendaftaran boleh dibuat mulai jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang semasa waktu pejabat di Kaunter Jabatan Kejuruteraan, Majlis Daerah Jerantut, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
- Bayaran bagi pendaftaran tersebut hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia dan dalam bentuk Tunai / Draf Bank / Wang Pos / Kiriman Wang Pos SAHAJA.
- Hanya kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Mendapat Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputera dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) SAHAJA dibenarkan untuk membuat pendaftaran dengan Majlis Daerah Jerantut.