Sebut Harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam kelas dan jenis Pendaftaran yang berkaitan dan yang masih membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :-
BIL |
NO SEBUT HARGA & TAJUK PROJEK |
TARAF & KELAS |
KATEGORI |
TARIKH JUALAN BORANG |
TARIKH TUTUP SEBUT HARGA |
HARGA SEBUTHARGA |
1
|
MDJ/SH/01/04/2021
MEMBAIKPULIH GERAI SDSI SIMPANG TEBING TINGGI, MD JERANTUT, PAHANG |
BUMIPUTERA G1 |
B,B04 |
22/03/2021 (ISNIN) 9.00 PAGI |
29/03/2021 (ISNIN) 12.00 T.HARI |
RM15.00 |
1. Dokumen Meja Tawaran akan mula dipamerkan mulai 17 MAC 2021 (RABU) pada waktu pejabat di Bahagian Kontra (Kaunter Jualan) Majlis Daerah Jerantut, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur
2. Dokumen Sebut Harga akan dijual mulai dari 22 MAC 2021 hingga 29 MAC 2021 pada waktu pejabat. Bayaran bagi Dokumen Sebut Harga hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia dan dalam bentuk Tunai Draf Bank / Wang Pos / Kiriman Wang Pos SAHAJA.
3. Penender yang berminat adalah DIWAJIBKAN untuk menyertai lawatan tapak yang akan diadakan pada tarikh dan masa seperti yang telah ditetapkan. Penender dikehendaki melapor diri pada hari tersebut dengan membawa bersama sijil-sijil berikut semasa pendaftaran dijalankan dan Wakil tidak dibenarkan.
4. Dokumen Sebut Harga hanya dikeluarkan kepada Kontraktor atau Wakil Kontraktor yang bertauliah dengan membawa surat wakil kuasa dari pegawai yang bertauliah seperti dalam sijil Pusat Khidmat Kontraktor. Wakil kontraktor hendaklah membawa Sijil Pendaftaran Asal yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia ( CIDB ). Salinan - salinan Perakuan dan Sijil yang berkenaan boleh diterima jika disahkan oleh pejabat yang mengeluarkannya dan Sijil dari Majlis Daerah Jerantut.
5. Sebutharga ini ditutup pada 29 MAC 2021 (ISNIN), dokumen sebut harga yang telah diisi dengan lengkap dimasukkan ke dalam Sampul surat berlakri dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender Majlis Daerah Jerantut tidak lewat jam 12.00 tengahari.
Lampiran:
Rujukan Tender:
Sebut Harga MDJ/SH/01/04/2021
Tarikh Tutup Tender:
Isnin, 29 March 2021