Sebut Harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam kelas dan jenis Pendaftaran yang berkaitan dan yang masih membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :-
BIL |
NO SEBUT HARGA & TAJUK PROJEK |
TARAF & KELAS |
KATEGORI |
TARIKH JUALAN BORANG |
TARIKH TUTUP SEBUT HARGA |
HARGA SEBUTHARGA |
1
|
MDJ/SH/04/12/2022 BAIKPULIH CERUN RUNTUH JALAN TAMAN WARISAN, MDJERANTUT |
BUMIPUTERA G3 |
CE21 |
29.04.2022 (JUMAAT) 9.00 PAGI |
13.05.2022 (JUMAAT) 12.00 T.HARI |
RM50.00 |
1. Dokumen Meja Tawaran akan mula dipamerkan mulai 29 APRIL 2022 (JUMAAT) pada waktu pejabat di Bahagian Kontrak (Kaunter Jualan) Majlis Daerah Jerantut, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur
2. Dokumen Sebut Harga akan dijual mulai dari 29 APRIL 2022 hingga 13 MEI 2022 pada waktu pejabat. Bayaran bagi Dokumen Sebut Harga hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia dan dalam bentuk Tunai Draf Bank / Wang Pos / Kiriman Wang Pos SAHAJA.
3. Penender yang berminat adalah DIWAJIBKAN untuk menyertai lawatan tapak yang akan diadakan pada tarikh dan masa seperti yang telah ditetapkan. Penender dikehendaki melapor diri pada hari tersebut dengan membawa bersama sijil-sijil berikut semasa pendaftaran dijalankan dan Wakil tidak dibenarkan.
4. Dokumen Sebut Harga hanya dikeluarkan kepada Kontraktor yang bertauliah dengan membawa sijil Pusat Khidmat Kontraktor yang asal. Kontraktor hendaklah membawa Sijil Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Salinan - salinan Perakuan dan Sijil yang berkenaan boleh diterima jika disahkan oleh pejabat yang mengeluarkannya dan Sijil dari Majlis Daerah Jerantut. Hanya penender yang tertera dalam lesen sahaja dibenarkan untuk membeli borang sebut harga. Penender juga diwajibkan untuk memakai pelitup muka.
5. Sebutharga ini ditutup pada 13 MEI 2022 (JUMAAT), dokumen sebut harga yang telah diisi dengan lengkap dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender Majlis Daerah Jerantut tidak lewat jam 12.00 tengahari.
Lampiran:
Iklan Sebut Harga MDJ/SH/04/12/2022
Rujukan Tender:
Iklan Sebut Harga MDJ/SH/04/12/2022
Tarikh Tutup Tender:
Jumaat, 13 Mei 2022