Sebut Harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam kelas dan jenis Pendaftaran yang berkaitan dan yang masih membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :-
BIL |
NO SEBUT HARGA & TAJUK PROJEK |
TARAF & KELAS |
KATEGORI |
TARIKH JUALAN BORANG |
TARIKH TUTUP SEBUT HARGA |
HARGA SEBUTHARGA |
1
|
MDJ/SH/06/07/2020
CADANGAN MENYENGGARA RUMPUT SINTETIK PADANG FA JERANTUT, PAHANG |
BUMIPUTERA G1 |
CE, CE21 |
9/10/2020 (JUMAAT) |
16/10/2020 (JUMAAT) 12.00 T.HARI |
RM15.00 |
1. Dokumen Meja Tawaran akan mula dipamerkan mulai 9 OKTOBER 2020 (JUMAAT) pada waktu pejabat di Bahagian Kontrak (Kaunter Jualan) Majlis Daerah Jerantut, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur
2. Dokumen Sebut Harga akan dijual mulai dari 9 OKTOBER 2020 hingga 16 OKTOBER, 2020 pada waktu pejabat. Bayaran bagi Dokumen Sebut Harga hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia dan dalam bentuk Tunai Draf Bank / Wang Pos / Kiriman Wang Pos SAHAJA.
3. Penender yang berminat adalah DIWAJIBKAN untuk menyertai lawatan tapak yang akan diadakan pada tarikh dan masa seperti yang telah ditetapkan. Penender dikehendaki melapor diri pada hari tersebut dengan membawa bersama sijil-sijil berikut semasa pendaftaran dijalankan dan Wakil tidak dibenarkan.
4. Dokumen Sebut Harga hanya dikeluarkan kepada Kontraktor yang bertauliah dengan membawa sijil Pusat Khidmat Kontraktor yang asal. Kontraktor hendaklah membawa Sijil Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Salinan - salinan Perakuan dan Sijil yang berkenaan boleh diterima jika disahkan oleh pejabat yang mengeluarkannya dan Sijil dari Majlis Daerah Jerantut. Hanya penama yang tertera dalam lesen sahaja dibenarkan untuk membeli borang sebut harga.
5. Sebutharga ini ditutup pada 16 OKTOBER 2020 (JUMAAT), dokumen sebut harga yang telah diisi dengan lengkap dimasukkan ke dalam Sampul surat berlakri dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender Majlis Daerah Jerantut tidak lewat jam 12.00 tengahari.
Lampiran:
Rujukan Tender:
MDJ/SH/06/07/2020
Tarikh Tutup Tender:
Jumaat, 16 Oktober 2020