Sebut Harga adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk menyertai sebutharga seperti yang dinyatakan di bawah:-
BIL |
NO SEBUT HARGA & TAJUK PROJEK |
KEPADA/SUB KEPALA |
TARIKH JUALAN SEBUT HARGA |
TARIKH TUTUP SEBUT HARGA |
1
|
MDJ/SH/BP/01 /2020
MENYEWA JENTERA SKYLIFT UNTUK KEGUNAAN MAJLIS DAERAH JERANTUT, JERANTUT, PAHANG |
BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN
KOD BIDANG 221503 |
30.10.2020 (JUMAAT) |
06.11.2020 (JUMAAT) 12.00 T.HARI |
Adalah dengan segala hormatnya kami diarah mengesyor kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa syarikat tuan adalah dipelawa untuk memasuki tawaran harga bagi perkhidmatan Menyewa Jentera Skylift Untuk Kegunaan Majlis Daerah Jerantut, Jerantut, Pahang.
3. Borang Sebut Harga boleh dibeli mulai dari 30 OKTOBER 2020 (Jumaat) hingga 06 NOVEMBER 2020 (Jumaat) pada waktu pejabat. Bayaran bagi borang sebut harga hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia dalam bentuk tunai/draft bank/wang pos/kiriman wang sahaja. Pihak tuan perlu mengemukakan borang sebut harga tersebut sebelum atau pada 6 November 2020 jam 12.00 tengahari. Kegagalan pihak tuan berbuat demikian adalah dianggap tuan tidak berminat.
4. Syarikat tuan adalah DIWAJIBKAN untuk menyertakan perkara-perkara di bawah ini:-
i). Sijil Kementerian Kewangan
ii). Sijil Asal Pengiktirafan Taraf Bumiputera.
iii). Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan di bawah Kod Bidang 221503.
5. Kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Lampiran:
Iklan Sebut Harga MDJ/SH/BP/01/2020
Rujukan Tender:
Iklan Sebut Harga MDJ/SH/BP/01/2020
Tarikh Tutup Tender:
Jumaat, 6 November 2020