Sebut Harga adalah dipelawa daripada SYARIKAT-SYARIKAT INSURAN yang berdaftar dengan BANK NEGARA untuk menyertai sebut harga seperti yang dinyatakan di bawah:-
BIL |
NO SEBUT HARGA & TAJUK PROJEK |
KEPADA/SUB KEPALA |
TARIKH JUALAN SEBUT HARGA |
TARIKH TUTUP SEBUT HARGA |
1
|
MDJ/SH/CJ/01/2024
MEMBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN KENDERAAN MAJLIS DAERAH JERANTUT, JERANTUT, PAHANG BAGI TEMPOH SEPTEMBER 2024 HINGGA SEPTEMBER 2026 |
BERDAFTAR DENGAN BANK NEGARA DIBAWAH AKTA 553 (AKTA INSURAN 1996) |
19.08.2024 (ISNIN)
|
26.08.2024 (ISNIN) 12.00 T.HARI |
Adalah dengan segala hormatnya kami diarah mengesyor kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa syarikat tuan/puan adalah dipelawa untuk memasuki tawaran harga bagi Membaharui Insuran dan Cukai Jalan Kenderaan Majlis Daerah Jerantut, Jerantut, Pahang bagi tempoh September 2022 hingga September 2024.
3. Borang Sebut Harga boleh didapati mulai dari 19 Ogos 2024 (Isnin) hingga 26 Ogos 2026 (Isnin) pada waktu pejabat. Bayaran bagi borang sebut harga hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia dalam bentuk Tunai/ Draf Bank /Wang Pos/Kiriman Wang Pos SAHAJA. Pihak tuan perlu mengemukakan borang sebut harga tersebut sebelum atau pada 26 Ogos 2026 jam 12.00 tengah hari. Kegagalan pihak tuan berbuat demikian adalah dianggap tuan tidak berminat.
4. Syarikat tuan adalah DIWAJIBKAN untuk menyertakan perkara-perkara di bawah ini:-
i) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
ii) Sijil Pendaftaran Bank Negara Di Bawah Akta 553
5. Kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Lampiran:
Iklan Sebut harga MDJ/SH/CJ/01/2024
Rujukan Tender:
Iklan Sebut harga MDJ/SH/CJ/01/2024
Tarikh Tutup Tender:
Isnin, 26 Ogos 2024