Sebagaimana pemakluman sebelum ini, Pelaksanaan Tempat Letak Kereta Berbayar di kawasan Majlis Daerah Jerantut akan dilaksanakan sepenuhnya pada1 Januari 2022.
Walaubagaimanapun di peringkat awal perlaksanaan ini, Majlis Daerah Jerantut memberi peluang kepada pengguna untuk menyesuaikan diri dengan keadaan berbanding tindakan penguatkuasaan.
Berikut adalah senarai ejen menjual kupon tempat letak kereta di sekitar Bandar Jerantut bagi memudahkan para pengguna mendapatkan kupon berkenaan.
Bagi Permohonan Pas/Stiker Bulanan dan Tempat Letak Kereta Bermusim/Petak Khas boleh dimuat turun di pautan berikut: http://www.mdjerantut.gov.my/ms/mdj/sumber/muat-turun-borang/kemudahan-tempat-letak-kereta
Cara Mendapatkan Kupon
- Kaunter Bayaran Majlis Daerah Jerantut
- Ejen-ejen jualan kupon yang dilantik (Senarai Ejen Kupon Letak Kereta Majlis Daerah Jerantut Bagi Tahun 2022)
Kadar kompaun yang akan dikenakan adalah seperti berikut :-
i. Bayaran dlm tempoh 7 hari - RM10.00
ii. Bayaran dalam tempoh 14 hari - RM30.00
iii. Bayaran dalam tempoh 30 hari - RM100.00
iv. Bayaran selepas 30 hari - RM300.00
Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi:
Unit Tempat Letak Kereta
Majlis Daerah Jerantut
27000 Jerantut
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-266 2205 Faks: 09-266 1545
emel: utlk_mdj@mdjerantut.gov.my