MENU
  • Pendahuluan
    • Photojournalism merupakan satu bentuk gambaran atau penceritaan berkenaan sesuatu perkara, peristiwa atau situasi yang dipersembahkan melalui gambar (fotografi), lukisan dan sebagainya dan disokong oleh penerangan ringkas untuk menceritakan tentang perkara berkenaan dari awal sehingga kesudahannya.
    • Persembahan ini melibatkan penyediaan story board berkaitan tema, pengumpulan gambar-gambar dan kerja-kerja pengeditan untuk menghasilkan satu persembahan yang membentuk gambaran yang baru, berkenaan sesuatu perkara berkaitan dengan tema.
    • Persembahan ini bersifat penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau situasi yang berlaku, seterusnya membentuk fakta yang berkait rapat dengan budaya/suasana persekitaran pada masa kini dan akan datang.

 

  • Objektif
    • Memperkukuhkan pemahaman, seterusnya membuka peluang yang lebih luas untuk rakyat lebih menghargai petempatan manusia dan pembangunan di negara ini;
    • Menjadi pangkalan data-data terpencil yang boleh menjadi koleksi berhubung dengan habitat manusia; dan
    • Memupuk minat kepada orang ramai terhadap photojournalism dengan menjadikannya sebagai kerjaya atau profesion yang beretika.

 

  • Tema

"Housing Policies : Affordable Homes"

Penyediaan rumah mampu milik yang berkualiti, dan dilengkapi dengan kemudahan masyarakat dan infrastruktur perlu menjadi polisi utama di setiap negara. Rumah mampu milik di perbandaran yang berdaya huni adalah penting dalam menzahirkan masyarakat bandar yang sihat dan sejahtera bukan sahaja dari aspek fizikal, malah spiritual, sosial dan ekonomi.
 

  • Maklumat Penyertaan
    • Pertandingan Photojournalism ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia, kecuali Urus Setia Pertandingan.
    • Pertandingan akan tamat pada 1hb Oktober 2018.
    • Muat Turun :

 

  • Sebarang pertanyaan berkenaan pertandingan boleh menghubungi :

 

  1. Mansor bin Mohamad

          E-Mel : mansor@kpkt.gov.my

          Telefon : 03-40470000

 

  1. Zulazmi bin Mamat

         E-Mel : zulazmi@kpkt.gov.my

         Telefon : 03-40470000

 

  • Waktu berurusan dengan Urus Setia Pertandingan :

          Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang

          Sabtu dan Ahad : Tutup